Sunday, March 30, 2008

Selamat Bertugas Pemimpin Baru

Saya pasti anda telah pun sedia maklum mengenai keputusan Pilihanraya Umum ke-12 yang baru sahaja diumumkan di akhbar-akhbar. Persaingan kali ini sememangnya cukup sengit dengan beberapa pengambilalihan kerusi di Parlimen mahu pun di Dewan Undangan Negeri. Ini menunjukkan begitu hebatnya kuasa rakyat dalam menentukan masa depan negara.

Saya mengharapkan kerajaan baru yang ditubuhkan akan lebih mantap dan lebih prihatin dengan keperluan rakyat. Sekarang mungkin tibalah masanya untuk kita sama-sama melihat bagaimana pemimpin-pemimpin yang terpilih ini menunaikan janji-janji yang telah dilafazkan sewaktu berkempen dahulu.

Tanggungjawab sebagai pemimpin seperti yang kita tahu amat besar dan berat, sebagai rakyat berikanlah sokongan tidak berbelah bagi kepada pemimpin baru kita ini. Hidup ini akan lebih tenteram jika rasa sangsi kepada pemimpin kita jauhkan. Selamat bertugas
pemimpin baru!